Monday, May 3, 2010

Pengusahaan Kerisik dan Cendol Encik Hasan Di Kampung Sekolah, Kuala Juru

             Penghasilan kerisik yang dikeluarkan oleh Encik Hasan tidaklah begitu banyak seperti  pengeluaran Encik Yahya. Hasil kerisik yang dikeluarkan oleh Encik Hasan
amat sedikit iaitu 20 hingga 30 biji kelapa untuk sekali proses penggorengan yang menghasilkan 70kg untuk  sekali pengeluaran.

Rajah 3.3 Mesin penggoreng kelapa parut milik Encik Hasan



              Kelainan yang dilakukan oleh Encik Hasan adalah beliau menggunakan kelapa  parut yang telah dikeringkan untuk  proses penghasilan kerisik. Kerisik yang digoreng
menggunakan kawah yang bersaiz diameter 70 cm dan kedalaman 35 cm. Jenis bilah cantuman kayu dan besi digunakan untuk menggaul kelapa parut kering untuk digoreng.
Ia juga boleh dilaraskan menikut ketinggian yang diperlukan.

      Rajah 3.4 Mata bilah yang digunakan

           Proses penghasilan kerisik yang mudah menyebabkan penggunaan gas memasak yang rendah. Penggunaan mata bilah yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan
penghasilan kerak. Ini kerana, jumlah jangkauan pergerakkan mata bilah terhad dan tidak dapat menggaul secara keseluruhan kandungan kelapa parut yang berada di dalam
kawah.

Berikut sedikit informasi berkaitan pengusahaan kerisik Encik Hasan :

Kuantiti kelapa yang digunakan untuk sekali goreng : 20 - 30 biji / 25 kg
Kelapa parut yang digunakan : Kelapa parut kering
Masa yang diambil untuk menggoreng : 2 – 3 jam
Kuantiti Gas Memasak digunakan : Satu tong (seminggu) untuk sekali penggunaan
Jenis mata bilah diguankaan :  Besi Stainless Steel (batang) Kayu (sudip)

Kajian Literatur 1 - Perusahaan Kerisik En. Yahya Tasik Gelugor

Pengusahaan kerisik Encik Yahya, Lubuk Meriam, Tasek Gelugor.            
            
Pengusahaan Kerisik Encik Yahya telah diusahakan sejak 10 tahun  yang lalu menggunakan tenaga pekerja seramai tiga orang untuk mengendalikan proses pembuatan kerisik. Secara lazimnya, proses penghasilan kerisik memakan masa dan juga tenaga  yang ramai berikutan proses penghasilannya yang agak rumit dan memerlukan ketelitian yang tinggi semasa proses awal, iaitu memarut kelapa untuk  digoreng.

             Setelah siap kelapa diparut, Encik Yahya menggunakan mesin menggoreng kelapa parut (kerisik) untuk menggoreng kelapa untuk dijadikan kerisik. Mesin yang digunakan merupakan mesin yang disumbangkan oleh FAMA untuk membantu para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana bagi mendapat prestasi pengeluaran yang banyak. Bagi proses menggoreng, Encik Yahya memerlukan sebuah tong gas dan juga lebih kurang 125 biji kelapa untuk menghasilkan 100 kg kelapa parut yang basah untuk digoreng. Pada setiap kali proses menggoreng, jumlah kelapa parut yang digoreng iaitu  125 kg telah menyebabkan proses penggorengan menjadi rumit kerana kuantiti yang banyak dalam suatu masa. Kawah yang digunakan adalah berdiameter 70cm (standard) dan mempunyai kedalaman 35 cm.


          Kerak yang terhasil akan mengakibatkan kerugian pengeluaran kerana ia akan  mengurangkan kuantiti produk yang dihasilkan. Kerak yang terhasil terjadi ekoran  kegagalan bilah pada mesin untuk berfungsi dengan baik disebabkan kuantiti kelapa parut yang banyak dan juga jangakauan mata bilah tidak menggaul keseluruhan kelapa parut dan menyebabkan kelapa parut tidak masak dengan sempurna. Kerak juga pada
dasarnya akan menggangu proses penggorengan kerisik kerana kelapa parut yang basah akan berada pada dasar permukaan kawah dan ia menghalang kelapa parut yang  lain untuk proses penggorengan.
        
               Melalui pemerhatian ini, kami dapat simpulkan di mana penghasilan kerisik yang dihasilkan oleh Encik Yahya mempunyai masalah iaitu penghasilan kerak yang merugikan dan juga mengurangkan kuantiti keluaran dan juga masa yang diambil untuk menyiapkan satu proses penggorengan adalah agak lama.

Berikut merupakan infomasi berkaitan pengeluaran kerisik oleh Encik Yahya :


Kuantiti kelapa yang digunakan untuk sekali goreng : 125 biji / 100 kg
Kelapa parut digunakan : Kelapa parut basah
Masa yang diambil untuk menggoreng : 10 jam
Kuantiti Gas Memasak digunakan : Satu tong (sehari) untuk dua kali penggunaan
Jenis mata bilah diguankaan :  Besi ‘Stainless Steel’

Pendahuluan

1.1 Pendahuluan

1.1.1 Pengenalan

- Kerisik merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam masakan tradisional melayu sejak dahulu lagi. Pemprosesan kerisik adalah salah satu cabang industri di Malaysia. Pemprosesan kerisik ini kebisaannya dilakukan oleh IKS iaitu Industri Kecil dan Sederhana. Sejak kebelakangan ini permintaan terhadap kerisik
semakin meluas seiring dengan peningkatan kuantiti rakyat Malaysia apabila menjelang musim perayaan dan juga dalam majlis - majlis perkahwinan.

1.1.2 Penyataan Masalah

- Permintaan terhadap kerisik semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, tetapi malangnya tidak ramai yang ingin menceburi dalam industry pembuatan kerisik. Ini kerana, pembuatan kerisik mengambil masa yang
lama untuk menyiapkansatu pemprosesan lengkap. Selain daripada itu,
ianya memerlukan kos yang agak tinggi untuk memulakannya.

1.1.3 Objektif

Berdasarkan masalah yang dinyatakan di atas, objektif yang ingin dicapai adalah:

1) Menjimatkan masa penghasilan kerisik

2) Mengelakkan kelapa basah melekat pada permukaan kawah

3) Mengurangkan pemantauan yang kerap.

1.1.4 Skop Projek

Dalam projek ini, kami memfokuskan penambahbaikan terhadap bilah yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi ketika proses penghasilan kerisik. Dalam fasa pembuatan kerisik, ia
menyebabkan banyak permasalahan yang timbul. Antaranya ialah penggunaan tenaga gas yang tinggi menyebabkan kerugian dari segi kos.

Selain itu, masa yang diambil untuk menyiapkan suatu
pemprosesan lengkap adalah agak lama. Ini kerana, kelapa parut tersebut tidak masak dengan sempurna. Proses penghasilan kerisik untuk sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menyumbang kepada pasaran
produkkerisik mengikut permintaan yang diterima dan dikehendaki.