Monday, May 3, 2010

Kajian Literatur 1 - Perusahaan Kerisik En. Yahya Tasik Gelugor

Pengusahaan kerisik Encik Yahya, Lubuk Meriam, Tasek Gelugor.            
            
Pengusahaan Kerisik Encik Yahya telah diusahakan sejak 10 tahun  yang lalu menggunakan tenaga pekerja seramai tiga orang untuk mengendalikan proses pembuatan kerisik. Secara lazimnya, proses penghasilan kerisik memakan masa dan juga tenaga  yang ramai berikutan proses penghasilannya yang agak rumit dan memerlukan ketelitian yang tinggi semasa proses awal, iaitu memarut kelapa untuk  digoreng.

             Setelah siap kelapa diparut, Encik Yahya menggunakan mesin menggoreng kelapa parut (kerisik) untuk menggoreng kelapa untuk dijadikan kerisik. Mesin yang digunakan merupakan mesin yang disumbangkan oleh FAMA untuk membantu para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana bagi mendapat prestasi pengeluaran yang banyak. Bagi proses menggoreng, Encik Yahya memerlukan sebuah tong gas dan juga lebih kurang 125 biji kelapa untuk menghasilkan 100 kg kelapa parut yang basah untuk digoreng. Pada setiap kali proses menggoreng, jumlah kelapa parut yang digoreng iaitu  125 kg telah menyebabkan proses penggorengan menjadi rumit kerana kuantiti yang banyak dalam suatu masa. Kawah yang digunakan adalah berdiameter 70cm (standard) dan mempunyai kedalaman 35 cm.


          Kerak yang terhasil akan mengakibatkan kerugian pengeluaran kerana ia akan  mengurangkan kuantiti produk yang dihasilkan. Kerak yang terhasil terjadi ekoran  kegagalan bilah pada mesin untuk berfungsi dengan baik disebabkan kuantiti kelapa parut yang banyak dan juga jangakauan mata bilah tidak menggaul keseluruhan kelapa parut dan menyebabkan kelapa parut tidak masak dengan sempurna. Kerak juga pada
dasarnya akan menggangu proses penggorengan kerisik kerana kelapa parut yang basah akan berada pada dasar permukaan kawah dan ia menghalang kelapa parut yang  lain untuk proses penggorengan.
        
               Melalui pemerhatian ini, kami dapat simpulkan di mana penghasilan kerisik yang dihasilkan oleh Encik Yahya mempunyai masalah iaitu penghasilan kerak yang merugikan dan juga mengurangkan kuantiti keluaran dan juga masa yang diambil untuk menyiapkan satu proses penggorengan adalah agak lama.

Berikut merupakan infomasi berkaitan pengeluaran kerisik oleh Encik Yahya :


Kuantiti kelapa yang digunakan untuk sekali goreng : 125 biji / 100 kg
Kelapa parut digunakan : Kelapa parut basah
Masa yang diambil untuk menggoreng : 10 jam
Kuantiti Gas Memasak digunakan : Satu tong (sehari) untuk dua kali penggunaan
Jenis mata bilah diguankaan :  Besi ‘Stainless Steel’

No comments:

Post a Comment